Hamilton alu-alukan cabaran Red Bull

SILVERSTONE, 11 OGOS – Lewis Hamilton mengalu-alukan prospek pertarungan kejuaraan Formula Satu dengan Max Verstappen berikutan kemenangan dramatik pemandu Belanda pada Ulang tahun Grand Prix di Silverstone.

Juara bertahan dan pendahulu, Hamilton mempunyai kelebihan 30 mata berada di atas kedudukan senarai pemandu, Verstappen mendapat pujian bersama pasukan Red Bull selepas memberikan kekalahan pertama Mercedes dalam lima perlumbaan tahun ini.

“Ia adalah sangat bagus bahawa Max memenanginya,” kata Hamilton yang bercakap selepas menyamai rekod ke-155 menamatkan podium, berada di kedudukan kedua.

“Seperti yang saya cakapkan sebelum ini, saya mahukan perlumbaan dan cabaran.

Sememangnya Red Bull kelihatan sangat rapat dengan kami di kondisi perlawanan, tetapi itu adalah perkara bagus, tetapi itulah masalahnya dan itu yang sangat menarik untuk melihat perkembangan yang mereka lalu sepanjang tahun ini.”

“Saya sememangnya tidak memandang rendah terhadap mereka. Kami akan memerhatikan mereka dengan lebih dekat. Ia tidak akan menjadi mudah.” Hamilton, yang berkongsi rekod menaiki podium dengan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher, sedang mengejar kejuaraan ketujuhnya tahun ini dan memecahkan rekod 91 kemenangan GP.

Walau bagaimanapun, kondisi yang panas pada Ahad lalu, Red Bull bukan sahaja mempunyai strategi yang berkesan – dengan memilih tayar yang mempunyai kompaun keras buat permulaan perlumbaan Verstappen – tetapi mempunyai pengurusan yang hebat mengenai pemakaian tayar, di mana ia menjadi kelemahan buat Mercedes.

Hamilton hanya memenangi GP Britain pada litar yang sama seminggu sebelumnya selepas terselamat apabila tayar kereta dipandunya meletup pada pusingan terakhir semasa Verstappen sedang menghampiri. – AFP

Lewis Hamilton mengalu-alukan prospek pertarungan kejuaraan Formula Satu selepas kemenangan dramatik Max Verstappen pada Ulang tahun Grand Prix di Silverstone. – AP