Hamilton anggap litar Mugello luar biasa

MUGELLO, 13 SEPT – Lewis Hamilton berkata dia bersedia untuk salah satu perlumbaan yang paling mencabar dalam kariernya hari ini apabila dia akan memulakan perlumbaan dari petak ke-7 dalam musim sulung Grand Prix Tuscan.

Pendahulu siri dan juara enam kali kejuaraan memberi amaran mengenai cabaran yang akan dihadapai ketika bekas pelumba, Mark Webber, yang kini menjadi pengulas televisyen, berkata litar Mugello milik Ferarri, adalah sangat pantas buat para pemandu. sehingga ‘leher akan terputus kepada dua – ia amat laju!’ Webber mungkin hanya bergurau, tetapi kesemua pemandu menyedari betapa memenatkan dari segi fizikal untuk berlumba di litar tersebut.

“Kami semua adalah atlet dan kami berlatih, tetapi litar ini sangat fizikal dan ia bukan mudah untuk melalui laluan laju,” kata Hamilton. “Saya mengalami kesukaran bernafas kerana terlalu fokus dan tiada ruang untuk membuat kesilapan.

“Seluruh badan saya menjadi sangat tegang. Kami tidak akan menamatkan pusingan terakhir dengan kadar degupan jantung yang rendah. Litar ini lain dari yang lain, dan juga sangat mencabar”. Hamilton menewaskan rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas untuk meneruskan rekod petak pertama ke-95. Para pemandu akan bertahan daya G yang tinggi di setiap pusingan dengan setiap pemandu akan mengharungi 5 G atau lebih dalam tujuh daripada 15 selekoh litar yang menganjurkan Grand Prix Formula Satu pertama. – AFP