Hamilton beri penghormatan kepada Moss

LONDON, 13 APRIL – Juara dunia Lewis Hamilton kelmarin menggambarkan Stirling Moss, yang meninggal dunia pada usia 90 tahun, sebagai ‘pelumba legenda’ dan ‘rakan seperjuangan dari zaman yang berbeza’.

Meskipun Moss tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan Formula Satu, dia menganggapnya sebagai salah seorang pemandu terhebat sukan bermotor, semasa zaman perlumbaannya pada tahun 1950an di mana pelumba bertanding dalam pelbagai disiplin.

Hamilton, 35, juara dunia sebanyak enam kali, menjadi sahabat Moss meskipun pasangan tersebut jauh berbeza daripada segi umur dan berlainan latar belakang.

“Hari ini kita mengucapkan selamat tinggal kepada Sir Stirling Moss, legenda perlumbaan,” kata juara bertahan, Hamilton menulis menerusi Instagram.

“Saya sememangnya akan merindui perbualan kami. Sejujurnya, kami adalah pasangan luar biasa, juga persahabatan kami.

Pemandu, Lewis Hamiltonmenggambarkan Stirling Moss, sebagai ‘pelumba legenda’ dan ‘rakan seperjuangan dari zaman yang berbeza’ dan dia menganggapnya sebagai salah seorang pemandu terhebat sukan permotoran. – AP

“Dua insan dari zaman dan latar belakang yang jauh berbeza tetapi kami mempunyai persefahaman dan akhirnya cinta terhadap perlumbaan yang kami kongsikan telah membuatkan kami sebagai rakan seperjuangan.

“Saya sangat bersyukur dapat meluangkan momen yang istimewa bersamaannya.”

Sementara itu, juara dunia sebanyak tiga kali, Jackie Stewart, yang membuat penampilan perlumbaan Grand Prix tidak lama selepas kecederaan Moss yang menyebabkan dia bersara pada awal 1960an, memberitahu BBC: ‘Saya rasa di mungkin contoh pemandu perlumbaan terbaik yang pernah kita saksikan.

“Dia berjalan seperti seorang pemandu perlumbaan, dia bercakap seperti pemandu perlumbaan, kelakuannya seperti pemandu perlumbaan yang sepatutnya.”

Jenson Barton, juara dunia tahun 2009, menuji Moss yang selalu ‘memandu pada tahap maksimum’.

“Saya akan merindui perbualan kami, pengetahuannya, lawak jenakanya, bantuannya, hala tujunya, senyumnya dan melihat dia menekan apa sahaja yang dia pandu ke tahap maksimum walaupun pada usianya 80an,” Button berkata menerusi Twitter. – AFP