Hamilton cantas kedudukan hadapan GP Britain

SILVERSTONE, 2 OGOS – Lewis Hamilton mencatat rekod baharu di Grand Prix Britain dan melanjutkan rekod di kedudukan hadapan ke-91 kelmarin.

Dia memerlukan lima lagi kemenangan untuk menyamai rekod Michael Schumacher dengan 91 kemenangan GP. Juara bertahan itu turut bakal menyamai rekod F1, tujuh kemenangan dunia.
Hamilton mendahului kejohanan dengan lima mata dari rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas.

Dia mencatatkan masa 1 minit 24.303 saat di litar Silverstone untuk menjuarai Grand Prix Britain ke-7, di litar yang sama dia memenangi rekod enam kali.

“Litar ini sangat hebat,” kata Hamilton, 35. “Ada tiupan angin di beberapa bahagian berbeza di litar ini, Ia seperti menimbang bola apabila anda mengerakkan pinggan.”

Dia berada 0.313 saat di hadapan Bottas dan kira-kira 1 saat lebih pantas dari pemandu Red Bull, Max Verstappen.

“Ia adalah jurang yang sangat besar antara kami dengan pemandu tempat ketiga (tetapi) Valtteri telah memaksa saya melakukan yang terbaik,” kata Hamilton. – AP