Hamilton cipta kemenangan ajaib Brazil

SAO PAULO, 15 NOV – Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Brazil kelmarin dalam salah satu pemanduan hebat sepanjang zamannya dari tempat ke-10 di grid dengan pendahulu kejuaraan, Max Verstappen di tempat kedua untuk memberi rangsangan besar kepada usahanya untuk kejuaraan dunia kelapan rekod.

Hamilton terpaksa mengharungi beberapa kesukaran dengan kemenangan pertamanya sejak Rusia yang menyebabkannya ketinggalan 14 mata di belakang Verstappen dengan baki tiga perlumbaan musim ini.

Rakan sepasukan juara dunia tujuh kali pemandu Mercedes itu, Valterri Bottas, yang bermula di petak pertama, menduduki tempat ketiga. Dengan enjin baharu, Hamilton menghasilkan pemanduan kelmarin yang tiada tandingannya untuk mengatasi mata penalti selepas keretanya dinilai melanggar peraturan teknikal pada Jumaat lalu dan meraih kemenangan nombor 101.

Itu menyebabkan dia diturunkan dari petak pertama ke terakhir dalam perlumbaan pecut Sabtu lalu di mana dia menduduki tempat kelima untuk meninggalkannya di tempat ke-10 pada grid Interlagos kelmarin selepas satu lagi penalti untuk apa yang Mercedes harapkan akan menjadi kelebihan mereka.

Selepas melepasi 24 kereta dalam tempoh 24 jam dan menggabungkan semua kemahiran semula jadinya dengan kuasa keretanya yang lebih besar di jalan lurus dan taktik pasukan sempurna Mercedes, Hamilton berada di atas podium, beberapa anak tangga lebih tinggi daripada beberapa ramalan yang paling menguntungkan. – AFP

Reaksi pemandu Mercedes, Lewis Hamilton meraikan kemenangannya dalam perlumbaan Formula Satu Grand Prix Sao Paulo Brazil kelmarin. – AFP