Hamilton desak keadilan untuk Breonna Taylor

MUGELLO, 14 SEPT – Lewis Hamilton semakin hampir untuk menyamai rekod kejuaraan dunia ke-7 kelmarin dalam perlumbaan yang paling memenatkan dan yang paling kelam-kabut dalam kariernya.

Pendahulu siri Formula Satu dan juara bertahan enam kali, satu-satunya pemandu berkulit hitam dalam sukan itu, mencatat masa sempurna tetapi turut memberikan mesej jelas dia berjuang untuk kesamarataan dan keadilan.

Selepas memakai baju-T Black Lives Matter di kesemua lapan acara anti perkauman sebelum perlumbaan, kali ini dia memakai baju-T yang tertera mesej ‘Tangkap polis yang membunuh Breonna Taylor’ serta memakai pakaian yang sama semasa menaiki podium. Taylor, 26, mati ditembak di Kentucky pada bulan Mac tahun ini.

“Ia sedikit memeningkan,” kata Hamilton semasa turun dari kokpit selepas perlumbaan. “Ia sama seperti tiga perlumbaan dalam satu hari, sangat sukar hari ini.

“Litar yang luar biasa dan bahang panas serta meninggalkan Valtteri di belakang, perlumbaan yang amat pantas sepanjang hujung minggu, ia tidak mudah. Saya berada di belakangnya pada permulaan.”

“Apabila semua semula, fokus diperlukan pada masa itu, ia amat sukar.

“Pada mulanya saya tiada masalah mengawal tayar saya dan saya tidak perlu berhenti.

Pasukan mula risau kerana Valtteri mempunyai masalah dan kemudian semua mula terdedah dalam pusingan yang seterusnya.

“Kemudian yang terakhir – kami berlumba dengan tayar lembut yang telah digunakan dan tidak mengetahui berapa lama ia akan bertahan, Valtteri kelihatan tiada di belakang, saya tengok Dani (Ricciardo) berada di belakang dan sedang mengejar. – AFP

Lewis Hamilton meraikan kemenangan selepas perlumbaan di Grand Prix Mugello. – AP