Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton dikenakan penalti di Grand Prix Turki

    ISTANBUL, 8 OKT – Juara bertahan dunia, Lewis Hamilton dikenakan penalti 10 kedudukan petak perlumbaan pada Grand Prix Turki Ahad ini kerana didapati kesalahan menggunakan terlalu banyak alat ganti pada enjin, kata penganjur menjelang sesi ujian hari ini.

    Mercedes menggunakan alat ganti keempat untuk mengurangkan risiko Hamilton mengalami kegagalan dalam perlumbaan iaitu menghampiri tempoh penggunaan setahun.

    Hanya tiga alat ganti dibenarkan mengikut peraturan terbabit.

    Pasukan memberi alasan mereka membuat keputusan bagi meningkatkan persembahan pasukan.

    Pencabar utama Hamilton, pemandu Red Bull, Max Verstappen juga dikenakan penalti sama dua minggu lalu.

    Kerana juara dunia tujuh kali, Hamilton hanya mengambil satu komponen unit kuasa, dia tidak akan dihukum dengan degradasi grid penuh.

    Verstappen hanya dua mata di belakang pemandu Britain itu menjelang perlumbaan hujung minggu ini. – AFP

    Aksi pemandu Mercedes dari Britain, Lewis Hamilton semasa sesi latihan di Intercity Istanbul Park di Istanbul semalam, menjelang Grand Prix Turki. GP F1 Turki akan berlangsung pada 10 Oktober ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda