Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

Hamilton dominasi GP British

SILVERSTONE, United Kingdom, 17 Julai – Lewis Hamilton mencatatkan kemenangan keempat berturut-turutnya di Grand Prix British semalam untuk merapatkan satu mata di belakang pendahulu kejuaraan dunia, Sebastian Vettel.

Dalam perlumbaan dramatik yang padat dengan insiden itu, Vettel mengalami masalah tayar dan menamatkan di kedudukan ketujuh bagi Ferrari selepas rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen juga terpaksa berada dalam pit kerana masalah yang sama pada akhir-akhir perlumbaan.

Kejayaan Hamilton, yang menyamakan rekod kelima dalam perlumbaan di gelanggang sendiri dan ke-57 sepanjang kerjayanya, menghidupkan semula cabaran gelarannya ketika dia berada di depan rakan sepasukan Valtteri Bottas, yang bermula di kedudukan kesembilan, dalam penguasaan satu-dua Mercedes.

“Ia adalah satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan,” kata Hamiton dengan gembira.

“Lihat orang ramai ini. Terima kasih kepada semua orang yang hadir.

Pemandu Mercedes,Hamilton menjulang trofi kemenangannya di atas podium. – AP
Pemandu Mercedes,Hamilton menjulang trofi kemenangannya di atas podium. – AP
Lewis Hamilton meraikan kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix British. – AP
Lewis Hamilton meraikan kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix British. – AP

“Ia adalah luar biasa, saya mendapatkan inspirasi daripada semua kanak-kanak yang hadir.”

Raikkonen di tempat ketiga bagi Ferrari, selepas pasukan dari Itali yang membuat pertaruhan strategi dengan tayar mereka, di depan Max Verstappen dan rakan sepasukannya dari Red Bull, Daniel Ricciardo, yang bermula di grid 19.

Nico Hulkenberg menamatkan di tangga keenam bagi Renault di depan Vettel, Esteban Ocon dan rakan sepasukan Force India, Sergio Perez dan Felipe Massa, yang berada di kedudukan ke-10 bagi pasukan Williams.

Bottas berkata: “Saya merasa gembira hari ini. Ia bukanlah mudah, dengan terlalu banyak kereta untuk disaingi, tetapi pasukan melakukan strategi sempurna dan kami berjaya.”

Raikkonen berkata dia merasa kecewa dengan nasibnya, tetapi Vettel berkata dia tidak menyalahkan pasukan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -