Hamilton: FIA berusaha memperlahankan kami

BARCELONA, 14 OGOS – Lewis Hamilton kelmarin berkata Formula Satu ‘sering berusaha cuba untuk memperlahankan’ Mercedes sebelum dia mengetepikan ancaman penggantungan ke atas ‘mod parti’ perlumbaan kelayakan.

Juara dunia itu berkata penggantungan, yang telah dihadapkan oleh FIA minggu ini, tidak akan mendatangkan sebarang masalah serius kepadanya.

Pelan penggantungan itu, yang mungkin akan menjejaskan pusingan kelayakan Mercedes, telah didedahkan dalam surat yang dihantar pada minggu ini kepada pasukan-pasukan Formula Satu, yang berkaitan dengan beberapa cadangan teknikal baharu dan peraturan sukan.

Pelan-pelan termasuk penggantungan keseluruhan mod enjin yang berbeza, termasuk merangsang kuasa enjin dan kelajuan kereta untuk pusingan kelayakan, untuk melaksanakan penggunaan satu mod prestasi unit kuasa sepanjang perlumbaan kelayakan dan perlumbaan sebenar.

Badan peraturan sukan, Federasi Permotoran Antarabangsa (FIA), berharap dapat memperkenalkan penggantungan itu sebaik sahaja bermulanya Grand Prix Belgium hujung bulan ini.

Aksi pemandu Mercedes, Lewis Hamilton semasa sesi percubaan di Litar de Catalunya. Hamilton memberitahu ketua F1 sentiasa mencuba untuk memperlahankan mereka untuk memenangi perlumbaan.- AFP

Ia dilihat sebagai percubaan untuk menyukarkan pasukan juara dunia enam kali, Mecedes untuk merangkul kejuaraan 2020.

Mereka telah memenangi empat daripada lima perlumbaan pembukaan musim, tetapi tewas kepada Red Bull dalam ulang tahun Grand Prix ke-70 di Silverstone minggu lalu.

“Ia tidak mengejutkan,” kata juara dunia enam kali, Hamilton.

“Mereka akan sentiasa cuba untuk memperlahankan kami, tetapi ia tidak memberikan sebarang masalah kepada kami”.

Berkata semasa persidangan video menjelang Grand Prix Sepanyol minggu depan, Hamilton bersemangat mengenai tindakan itu dan memberitahu bahawa dia mempunyai keyakinan dengan keupayaan Mecedes untuk mengekalkan kelajuan dan juga daya saing.

“Mereka yang berada di dalam pasukan kami telah melakukan tugasan yang sangat bagus di bahagian enjin,” jelasnya.

“Ia sememangnya (dilakukan) untuk memperlahankan kami, tetapi saya tidak berasa mereka akan mencapai keputusan yang diingini. Saya tidak mempunyai sebarang masalah jika mereka melakukannya.” – AFP