SAO PAULO, 9 Nov – Juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton mengelak daripada memberikan sebarang komen atau tindak balas berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa dia mengelak cukai ke atas jet peribadinya, sebaliknya hanya mahu memikirkan mengenai perlumbaan Grand Prix Brazil, hujung minggu ini.
“Saya hanya menumpukan perhatian untuk cuba memenangi perlumbaan hujung minggu ini. Saya masih ada baki dua perlumbaan lagi. Saya tidak ada apa-apa lagi yang mahu ditambah mengenai senario yang sedang berlaku,” katanya kepada para wartawan di bandar terbesar Brazil itu, menjelang perlumbaan hujung minggu ini.
Para peguam Hamilton berkata struktur cukai yang diserahkan kepada VAT adalah sah. Maklum bahawa jurucakapnya sudah mengeluarkan siaran akhbar, Hamilton berkata “Saya tidak ada yang maklumat yang perlu ditambah.”
“Saya baru sahaja datang daripada tempoh masa yang hebat bersama keluarga dan kawan-kawan saya, dan mempunyai aura besar positif bersama saya dan tiada apa yang dapat menghilangkannya,” katanya.
“Ia tidak mengganggu saya dan apa yang saya mahu lakukan di sini, adalah cuba untuk menang GP Brazil buat kali kedua dalam tempoh masa 10 tahun.” – AFP
