Hamilton jangkakan cabaran hebat di Silverstone

SILVERSTONE, 6 OGOS – Lewis Hamilton kembali ke Silverstone hujung minggu ini dan menjangkakan akan berdepan dengan satu lagi ‘cabaran besar’ dengan tayar yang lebih nipis dan cuaca yang panas bagi Ulang tahun Grand Prix yang ke-70 dalam kemenangan penuh dramatik di Grand Prix Britain pada Ahad lalu.

Hanya selepas beberapa hari memenangi perlumbaan dengan hanya tiga roda, dan satu roda mengalami kerosakan dan pancit, pendahulu kejuaraan dan juara dunia enam kali ini bersedia untuk ujian serupa pada hujung minggu dengan suhu yang panas diramalkan dan pembekal tayar, Pirelli menukar kepada komponen yang kurang tahan lama.

“Satu langkah yang akan menjadi cabaran buat kami semua, tidak dapat dinafikan, ia akan memaksa kami untuk sekurang-kurangnya dua kali berhenti,” Hamilton menjelaskan selepas menjuarai kemenangan ke-87 kerjayanya.

“Jelas sekali kereta kami lebih pantas pada tahun ini, tetapi kami menggunakan tayar yang sama seperti tahun lalu.

“Mereka (Pirelli) tidak mampu untuk mereka tayar yang lebih baik untuk menangani tekanan pada musim ini dan ia akan menjadi cabaran besar.”

Aksi mantap Hamilton memenangi perlumbaan dengan kereta yang mengalami kerosakan mendahului dengan jarak lima saat di belakang pemandu Red Bull, Max Verstappen telah menjadikan Hamilton sebagai legenda sukan selepas dia menjarakan jurang mata kepada 30 mata dari rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas dalam kejohanan itu. – AFP

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menjangkakan akan berdepan dengan satu lagi cabaran besar dalam perlumbaan di Grand Prix Britain hujung minggu ini. – AP