Hamilton kejar rekod Schumacher dalam normal baharu F1

LONDON, 29 JUN – Tujuh bulan lalu merupakan kali terakhir perlumbaan Formula Satu (F1) bersaing, litar F1 akan menekan butang untuk kembali semula membuka musim 2020 di Austria pada Ahad ini.

Perlumbaan di Spielberg diadakan mengikut tarikh kalendar asalnya, tetapi bukan perlumbaan pusingan ke-11 kejuaraan yang dinanti-nantikan, ia adalah yang pertama sebagai pembukaan musim F1 setelah ditangguhkan akibat wabak COVID-19.

Setelah lebih dari tiga bulan Grand Prix Australia dibatalkan pada malam latihan pembukaannya di Melbourne, perlumbaan di Styrian Alps akan dijalankan di belakang pintu tertutup, tanpa peminat, ejen penaja dan hanya segelintir wartawan yang terhad sahaja dibenarkan masuk.

Tempat perhentian pits-stop perlumbaan yang biasa akan diganti dengan khemah sebagai kediaman sementara untuk pasukan pelumba, kakitangan akan dikurangkan sehingga 80 anggota dan semuanya perlu memakai alat pelindung.

Bagi semua yang terlibat, perlu menjalani ujian empat hari sebelum acara bermula dan lima hari selepasnya, ia akan menjadi pengalaman yang belum pernah terjadi sebelum ini dan unik.

Namun, di sebalik semua perubahan dan suasana normal baharu perlumbaan tersebut, ketika dimulakan diharapkan berjalan dengan lancar.

Lewis Hamilton, yang dikendalikan oleh Mercedes, mencari gelaran ketujuh F1 untuk menyamakan rekod yang dipegang oleh Michael Schumacher. “Ini tidak mustahil, saya sangat merindukan perlumbaan dan bersaing, jadi saya rasa sangat bagus apabila F1 kembali,” kata ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff.

Baru-baru ini Ferrari telah mengumumkan membebaskan juara empat kali mereka, Sebastian Vettel, yang akan digantikan oleh Carlos Sainz dari McLaren dan Daniel Ricciardo yang telah menandatangani kontrak untuk meninggalkan Renault dan menjadi pengganti kepada pemandu Sepanyol itu yang mengalami krisis kewangan yang begitu teruk akibat wabak itu. – AFP

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan F1, Bernie Ecclestone ketika bercakap dengan pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menjelang Grand Prix F1 Bahrain di Litar Antarabangsa F1 Bahrain di Sakhir, Bahrain. – AP