Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hamilton lega Mercedes kembali pamer prestasi

    MIAMI, 8 MEI – Lewis Hamilton mengaku berasa lega dan berkata dia dan Mercedes akan terus berusaha untuk mengembalikan kelajuan yang hilang selepas dia layak menduduki tempat keenam kelmarin untuk Grand Prix Miami.

    Juara dunia tujuh kali itu telah terlepas peluang memulakan di tempat sepuluh terbaik pada Grand Prix Emilia Romagna bulan lalu dan memuji pasukannya atas kerja keras mereka dalam cuba memperbaiki kereta baharu mereka.

    “Kami perlu terus berusaha. Begitu banyak kerja yang menakjubkan telah dilakukan di belakang tirai persiapan,” ujarnya.

    Rakan sepasukan George Russell, yang terpantas dalam sesi latihan kedua pada Jumaat lalu, gagal mengembalikan semula rentak ketika pasukan terus membuat perubahan persediaan untuk mencari prestasi terbaik.

    Mercedes, pemenang rekod lapan kejuaraan berturut-turut dalam Formula One, telah bergelut untuk bersaing dengan kereta baharu mereka tahun ini selepas pengenalan peraturan baharu. – AFP

    Aksi Lewis Hamilton memandu (44) Mercedes AMG Petronas F1 Team W13 di litar semasa kelayakan Grand Prix F1 Miami kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...