
SAKHIR, Bahrain, 1 April – Juara bertahan dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton memanfaatkan sepenuhnya nasib malang yang menimpa pelumba baharu Ferrari, Charles Leclerc untuk menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, awal hari ini.
Pemandu Mercedes itu, yang juga juara dunia lima kali tampak seperti akan menamatkan perlumbaan di tangga kedua sebelum mengambil alih posisi pendahulu berbaki 10 pusingan berikutan masalah enjin yang dihadapi Leclerc.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)





























