Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton tetap fokus

    AUSTIN, 18 Okt – Lewis Hamilton kini semakin hampir mencipta sejarah minggu ini ketika dia perlu mengatasi Vettel dengan lapan mata di Grand Prix Amerika Syarikat untuk menjadi juara dunia Formula Satu (F1) kali kelima.

    Jika dia juara, pelumba berusia 33 tahun itu akan menyertai Juan Manuel Fangio, juara pada tahun 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957 dan Michael Schumacher, juara pada 1994 dan 1995 dan mencatatkan kemenangan lima kali bersama Ferrari dari tahun 2000 ke 2014, sekali gus melonjakkan nama sukan F1.

    Hamilton yang sebelum ini memenangi lima daripada enam perlumbaan di Litar Austin Texas, menjadi pilihan utama untuk memenangi perlumbaan ini sekali lagi dan merangkul gelaran juara, namun dia menepis kenyataan tersebut.

    Meskipun dia mempunyai pendahuluan sebanyak 67 mata setelah memenangi enam daripada tujuh perlumbaan, termasuk empat kemenangan berturut-turut dalam perlumbaan sebelum ini, pelumba Mercedes itu memberi amaran bahawa apa-apa saja boleh terjadi di litar lumba.

    “Ia mudah untuk saya kerana saya seorang yang sangat tegas kerana tidak berpuas hati dengan kedudukan dan mengetahui masih terdapat 100 mata (yang dapat dikutip),” katanya.

    Gambar fail pada 25 Oktober 2015 menunjukkan Hamilton meraikan kemenangannya di atas podium selepas berjaya menawan Litar Amerika di Austin, Texas. – AP

    “Saya tahu kita masih perlu meneruskan tugas yang kita lakukan sekarang sehingga tamat perlumbaan. Itulah matlamatnya, mempelajari daripada pengalaman masa lalu bahawa apa-apa boleh berlaku (dalam perlumbaan),” katanya.

    Pernah mengalami kekalahan gelaran juara pada masa lalu, terutamanya pada musim 2007 dan pada tahun 2016 apabila dikalahkan oleh bekas rakan sepasukannya, Nico Rosberg, Hamilton akan mengambil pengalaman itu sebagai pen-dorong kepada dirinya supaya lebih fokus.

    “Ia merupakan perkara yang berbeza untuk mengidamkannya dan melaksanakannya,” katanya. “Kami tahu kami akan menghadapi perlumbaan yang sukar tahun ini, anda dapat lihat naik turun pada awal musim ini.

    “Ia tidak begitu penting, saya sentiasa merancang untuk kembali dengan kuat pada penghujung musim dan persediaan yang saya lakukan semasa rehat sangat baik, dan membolehkan saya melakukan lebih baik,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda