Hamitan, Rajamas tawar promosi menarik

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Bersempena Pesta Pengguna ke-21, Kumpulan Syarikat Hamitan turut menganjurkan promosi Super Bonanza bagi pembelian pelbagai jenis produk yang diedarkan sepenuhnya oleh anak-anak syarikat di bawahnya iaitu Syarikat Rajamas Bersama dan Hamitan Marketing, yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hingga Ahad ini.

Menurut Pengurus Pemasaran Kumpulan Syarikat Hamitan, Awangku Danny bin Pengiran Tajuddin, semasa promosi tersebut, turut diadakan pelbagai aktiviti kanak-kanak sempena pelancaran ubat gigi pertama kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, pembelian istimewa dengan hadiah percuma, ujian makanan percuma bagi produk tertentu dan banyak lagi.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Pengarah Syarikat Rajamas Bersama, Alan Lau dan ahli syarikat berkenaan.

Sementara itu, bagi setiap pembelian produk yang tertentu, para pelanggan akan menerima hadiah yang diberikan secara eksklusif seperti gelas dan koleh edisi terhad.

Kumpulan Syarikat Hamitan mengadakan promosi bagi produk mereka sempena Pesta Pengguna ke-21.
Antara pelanggan yang membeli produk yang dipamerkan oleh syarikat berkenaan.