Hammers kemukakan rayuan Feghouli

LONDON, 4 Jan – West Ham United mahu membuat rayuan bagi pemain mereka yang dibuang padang, Sofiane Feghouli, menurut seorang jurucakap bagi kelab Liga Perdana itu.

Pemain sayap antarabangsa Algeria yang berusia 27 tahun itu telah dilayangkan kad merah oleh pengadil Mike Dean atas terjahannya ke atas Phil Jones hanya 15 perlawanan bermula dalam aksi Liga Perdana menentang Manchester United.

United mengakhiri perlawanan dengan dua jaringan di separuh masa kedua, dan menang 2-0 ke atas West Ham.

Keputusan itu telah mencetuskan kemarahan pengurus West Ham, Slaven Bilic dan kelab itu kini bertindak mahu kad merah itu ditarik balik.

Terjahan Sofiane Feghouli (kiri), yang menyebabkannya dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, terhadap pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones dalam aksi Liga Perdana di Stadium London. – AP
Terjahan Sofiane Feghouli (kiri), yang menyebabkannya dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, terhadap pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones dalam aksi Liga Perdana di Stadium London. – AP

“FA sudah maklum mengenai tindakan kami untuk mengemukakan rayuan,” tambah jurucakap kelab itu.

Feghouli, yang membuat kemunculan pertamanya dalam Liga Perdana sejak menyertai West Ham dari kelab Sepanyol, Valencia dengan perpindahan percuma pada musim panas lepas, kini dalam bahaya terlepas perlawanan Piala FA menentang Manchester City Sabtu ini dan perlawanan liga menentang Crystal Palace dan Middlesbrough. – AFP