Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hammers ‘ketuk’ Everton

    LIVERPOOL, 17 Sept – Andriy Yarmolenko menjaringkan dua gol dalam penampilan sulungnya bersama West Ham ketika mereka keluar dari tangga tercorot Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 menentang Everton.

    Ia adalah kemenangan pertama liga buat Hammers di bawah kendalian Manuel Pellegrini, yang menyaksikan empat perlawanan buat kelab timur London itu awal musim ini berakhir dengan kekalahan.

    Kemenangan di Goodison Park turut memastikan West Ham keluar dari tiga tangga tercorot.

    Bos dari Chile itu, Pellegrini, meraikan ulang tahunnya yang ke-65, membelanjakan AS$129 juta untuk membawa sembilan pemain baharu ke Stadium London, hujung musim lalu.

    Tetapi permulaan hambar Hammers dalam kempen baharu telah meletakkan persoalan mengenai prospek tugasan jangka masa panjang bagi bekas pengurus Manchester City itu.

    Arnautovic (kanan) meraikan gol ketiga ketika menentang Everton yang di Goodison Park, Liverpool, England, kelmarin. – AP

    “Ia mudah untuk menyatakan kami akan berubah, tetapi saya yakin ini adalah caranya,” Pellegrini, yang memberitahu Sky Sports bahawa hari jadinya adalah ‘perkara terakhir’ yang terlintas di mindanya.

    “Kami menjaringkan gol dan sentiasa cuba untuk menjaringkan gol. Saya menyaksikan pemain bekerja setiap hari sepanjang minggu, saya yakin dan pemain turut yakin,” ujarnya.

    Pemain penyerang dari Ukraine, Yarmolenko, salah seorang pemain baharu yang ditandatangani Pellegrini, memberi ruang bernafas kepada pengurusnya bersama Merseyside dengan dua jaringan yang memastikan pelawat mendahului 2-0 hanya selepas perlawanan berlangsung setengah jam. Gyfli Sigurdsson menjaringkan satu gol pada akhir separuh masa pertama sebelum Marko Arnautovic mengekalkan keselesaan dua gol West Ham pada minit ke-61 ketika Everton mengalami kekalahan pertama mereka di bawah pengurus Marco Silva. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda