Hampir 100 pendatang diselamatkan

LAMPEDUSA, ITALI, 29 JULAI – Pengawal pantai Itali berkata hari ini ia telah menyelamatkan hampir 100 pendatang dalam sebuah dingi ‘separuh kempis’ di luar pantai Libya selepas pihak berkuasa di negara lain gagal campur tangan.

Pengawal pantai berkata bot tersebut ditemui oleh pesawat udara petang semalam di zon Mencari dan Menyelamat Libya (SAR), ‘tanpa enjin dan separuh kempis.’ “Pihak berkuasa Libya yang bertanggungjawab atas aktiviti mencari dan menyelamat di laut tidak mengambil alih penyelarasan operasi menyelamat disebabkan kekurangan sumber tentera laut,” kata pengawal pantai dalam satu kenyataan. Pengawal pantai seterusnya menghubungi pihak berkuasa Malta, di mana zon mencari dan menyelamat terletak berdekatan dengan Libya.

84 pendatang, yang termasuk enam wanita dan dua kanak-kanak, dipindahkan pada subuh hari ini dari dingi ‘hampir tenggelam’ ke kapal Itali, yang dalam perjalanan ke pulau Lampedusa hari ini.

Pusat resepsi di pulau itu telah pun penuh sesak dengan pendatang yang tiba setiap hari dalam beberapa minggu ini. – AFP

Sebuah bot laju Guardia Costiera membawa pendatang di Pulau Pelagie, Lampedusa di Itali kelmarin. – AFP