LONDON, 25 Jan – Penerbangan terganggu untuk hari kedua di Lapangan terbang Heathrow London kelmarin dengan kabus tebal menyebabkan kira-kira 100 penerbangan dibatalkan.
Sebilangan penerbangan Heathrow juga dibatalkan pada Isnin akibat kabus. Jurucakap Heathrow berkata kabus berterusan telah mengurangkan jarak penglihatan dan membawa kepada 100 daripada kira-kira 1,300 penerbangan berjadual telah dibatalkan.
Penumpang yang merancang untuk terbang dari selatan England ke Scotland dinasihatkan untuk memeriksa penangguhan penerbangan mereka.
Perkhidmatan feri menghubungkan Isle of Wight dengan tanah besar British juga diberhentikan sementara akibat kabus tebal. Kaji cuaca di Pejabat Met mengeluarkan amaran kabus dan ais yang meliputi Wales dan kebanyakan kawasan di England. – Xinhua
