Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hampir 100 tapak warisan Ukraine rosak

    PARIS, 13 APRIL – Hampir 100 tapak budaya dan agama di Ukraine mengalami kerosakan sejak bermulanya pencerobohan Rusia pada 24 Februari, menurut agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) hari ini.

    Jumlah menunjukkan peningkatan dua kali ganda daripada jumlah sebelumnya yang dikeluarkan UNESCO dua minggu lalu ketika kebimbangan meningkat mengenai kesan serangan terhadap warisan budaya Ukraine.

    “Sebanyak 100 tapak akan mengalami kerosakan atau musnah sepenuhnya menjelang Khamis atau Jumaat – pagi ini kami mencatatkan 98 tapak dan monumen disenaraikan dalam lapan rantau di negara itu,” kata pengarah warisan dunia di UNESCO, Lazare Eloundou Assomo kepada AFP dalam temu bual.

    Dia berkata ini termasuk pelbagai kawasan seperti dari awal era zaman pertengahan sehingga mercu tanda seni bina awal Soviet.

    “Jumlah itu mungkin meningkat lagi,” Eloundou Assomo memberi amaran, berkata beberapa kawasan hanya boleh diakses ketika ini sementara pertempuran semakin sengit.

    Dia memberi amaran bahawa mana-mana sasaran ke atas bangunan yang disokong oleh UNESCO Blue Shield yang menandakan tapak warisan kebudayaan “adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan boleh dikira sebagai jenayah perang.”

    UNESCO menggunakan imej satelit dan laporan saksi daripada tempat kejadian untuk mengesahkan maklumat diberikan oleh pihak berkuasa Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...