Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Hampir 1,000 Rohingya tiba di Aceh dalam seminggu

    LHOKSEUMAWE, INDONESIA, 20 NOV – Hampir 1,000 orang Muslim Rohingya dari Myanmar telah tiba dengan bot di wilayah Aceh paling utara di Indonesia sejak enam
    hari lalu, kata pegawai-pegawai hari ini.

    Mereka termasuk lima kumpulan dengan wanita dan kanak-kanak yang terapung selama berhari-hari. Satu kumpulan lebih 240 orang telah dua kali dinafikan pendaratan oleh penduduk di daerah Aceh Utara, mencetuskan kebimbangan daripada pertubuhan hak asasi manusia. Kumpulan itu akhirnya mendarat di daerah Bireuen pagi kelmarin.

    “Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa dan masyarakat tempatan yang telah menerima dan memberikan permit pendaratan untuk mereka dan pada masa hadapan kami berharap semangat perpaduan dan kemanusiaan ini akan terus diperluaskan kepada pelarian yang memerlukan bantuan dan perlindungan,” kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian dalam satu kenyataan.

    Pelarian yang tiba di Aceh telah menempuhi perjalanan laut yang sukar. Kebanyakan mereka meninggalkan kem pelarian di Bangladesh, di mana lebih 700,000 orang telah melarikan diri berikutan tindakan keras oleh tentera Myanmar pada Ogos 2017. Pasukan keselamatan Myanmar telah dituduh melakukan rogol besar-besaran, pembunuhan dan pembakaran beribu-ribu rumah Rohingya.

    Kebanyakan pelarian telah cuba untuk sampai ke Malaysia, tetapi ramai yang telah berakhir di Indonesia sepanjang perjalanan.

    “Pendaratan gagal ratusan pelarian Rohingya adalah langkah ke belakang yang besar bagi Indonesia, di mana masyarakat sebelum ini telah menunjukkan kemurahan hati dan kemanusiaan terhadap mereka yang mencari keselamatan selepas pelayaran bot yang berbahaya,” kata Usman Hamid, pengarah eksekutif Amnesty International Indonesia.

    Kementerian Luar Negeri Indonesia berkata bahawa negara itu bukan pihak dalam Konvensyen Pelarian 1951, dan tidak mempunyai kewajipan atau kapasiti untuk menampung pelarian.

    “Penginapan disediakan semata-mata atas sebab kemanusiaan. Ironinya, banyak negara yang berpihak kepada konvensyen itu sebenarnya menutup pintu mereka malah melaksanakan dasar tolak balik terhadap pelarian,” kata jurucakap kementerian itu, Lalu Muhamad Iqbal dalam satu kenyataan. – AP

    Wanita etnik Rohingya yang baru tiba berehat di pusat perlindungan sementara di Bireun, wilayah Aceh, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...