Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 10,000 orang berpindah dari Gunung Agung

    JAKARTA, Indonesia, 22 Sept – Hampir 10,000 penduduk kampung telah meninggalkan rumah-rumah mereka di sekeliling Gunung Agung di pulau pelancongan Bali, Indonesia disebabkan kemungkinan letupan gunung berapi.

    Para pegawai meningkatkan status amaran gunung berapi tersebut baru-baru ini ke tahap kedua tertinggi dan mengesyorkan orang ramai berada 6 kilometer dari kawah dan berada di luar lingkungan 7.5 kilometer dari arah utara, tenggara dan barat daya selatan.

    Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan berkata hari ini bahawa, beberapa 9,400 penduduk kampung telah berpindah dari rumah-rumah mereka dan menempatkan diri di 50 perlindungan di daerah Karangasem, Klungkung dan Buleleng.

    Gunung Agung yang mempunyai ketinggian 3,031 meter itu terletak kira-kira 72 kilometer ke timur laut Kuta, kali terakhir meletus dalam tahun 1963, membunuh 1,100 orang dan memuntahkan debu setinggi 10 kilometer ke udara. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda