Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hampir $13,000 untuk Pakistan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Sebanyak $12,914 hasil kutipan daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 telah diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada majlis yang berlangsung di KKBS, hari ini.

    Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Sumbangan daripada ABDB yang berjumlah $10,000 telah disampaikan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, manakala sumbangan daripada Kementerian Pertahanan berjumlah $2,914 pula disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kolonel (B) Norsuriati binti Haji Sharbini.

    Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari dan Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan.

    Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 telah dibukakan kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 15 Oktober 2022 hingga 12 Januari 2023.

    Ia merupakan platform yang disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk
    memberi peluang kepada orang ramai menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan telus, serta bagi membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan berkebajikan bagi meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Pakistan yang terjejas oleh banjir besar sejak Jun 2022.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima sumbangan daripada ABDB yang disampaikan oleh Pemerintah ABDB.
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Kolonel (B) Norsuriati.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...