Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Hampir 1,400 dapat 8 O Level, IGCSE

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) untuk sesi Oktober/November 2022 telah dikeluarkan hari ini, oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan.

    Kementerian itu dalam kenyataannya mengongsikan bahawa daripada 6,135 calon yang menduduki peperiksaan itu, 6,075 adalah calon sekolah manakala selebihnya, 60 calon persendirian.

    Pada peringkat nasional, seramai 1,390 calon iaitu 22.66 peratus telah memperoleh lapan O Level dan IGCSE ke atas dan 2,784 calon (45.38 peratus) telah memperolehi lima O Level dan IGCSE ke atas.

    Pada peringkat sekolah, 1,390 calon bersamaan dengan 22.88 peratus itu telah memperolehi sekurang-kurangnya lapan O Level dan IGCSE ke atas.

    Sementara itu, calon yang memperolehi sekurang-kurangnya lima O Level dan IGCSE ke atas adalah seramai 2,784 orang (45.83 peratus) manakala calon yang memperolehi sekurang-kurangnya empat O Level dan IGCSE ke atas adalah seramai 3,277 orang iaitu 53.94 peratus.

    Daripada 5,281 calon sekolah kerajaan, seramai 1,056 (20 peratus) telah memperolehi sekurang-kurangnya lapan O Level dan IGCSE ke atas dan 2,228 calon iaitu 42.19 peratus memperolehi sekurang-kurangnya lima O Level dan IGCSE ke atas.

    Bagi calon sekolah swasta pula, seramai 334 orang iaitu 42.07 peratus telah memperolehi sekurang-kurangnya lapan O level dan IGCSE ke atas dan 556 orang iaitu 70.03 peratus memperolehi sekurang-kurangnya lima O level dan IGCSE ke atas.

    Kementerian turut menyatakan bahawa seramai 117 calon iaitu 1.91 peratus mendapat Gred A*/A dalam lapan hingga 11 mata pelajaran, yang mana 53 daripadanya terdiri daripada calon sekolah kerajaan.

    Tujuh daripada 49 buah sekolah yang terdiri dari enam buah sekolah kerajaan dan sebuah sekolah swasta telah menunjukkan peningkatan antara 0.20 peratus dan 13.33 peratus daripada pencapaian 2021.

    Peratus prestasi calon di peringkat nasional dalam mata pelajaran utama yang mendapat Gred A hingga C adalah antara 7.37 peratus dan 82.69 peratus.

    Manakala itu, terdapat 13 mata pelajaran lain di peringkat nasional (Gred A hingga C) yang telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus dalam peperiksaan sesi Oktober/November 2022.

    Sehubungan dengan itu, slip keputusan bolehlah didapatkan di sekolah masing-masing pada waktu sekolah bagi para penuntut, manakala, bagi calon-calon persendirian di kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat.

    Sehubungan itu, bagi calon yang berhasrat untuk memperbaiki pencapaian keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan IGCSE, pendaftaran bagi bulan Mei/Jun tahun 2023 masih dibukakan dan tarikh tutup pendaftaran pada 14 Februari 2023.

    Untuk maklumat lanjut me-ngenai pendaftaran peperiksaan bagi Mei/Jun 2023 bolehlah melayari laman web Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau melalui kaunter Jabatan Peperiksaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...