Hampir 15,000 rumah rosak di Tokyo

TOKYO, 14 JULAI – Hampir 15,000 rumah dan bangunan kediaman rosak dalam bencana banjir yang dicetuskan hujan lebat di barat daya Jepun, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK hari ini.

Hujan lebat yang berpanjangan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di banyak kawasan perumahan. Menurut pihak berkuasa, sebanyak 14,800 rumah rosak.

Angka korban akibat bencana alam itu setakat ini berjumlah 72 orang, sementara 13 lagi masih hilang. – Bernama