Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hampir 20 maut dalam runtuhan

    JALALABAD, AFGHANISTAN, 7 FEB – Kira-kira 19 orang terkorban akibat runtuhan hari ini semasa menyeberangi laluan genting pergunungan terpencil dari Afghanistan ke Pakistan, kata pegawai Taliban.

    Puluhan penduduk Afghanistan menyeberang secara haram ke Pakistan setiap hari melalui sempadan pergunungan berliang untuk mencari kerja atau membeli barangan penting untuk diniagakan.

    Najibullah Hassan Abdal, ketua maklumat bagi timur wilayah Kunar, memberitahu AFP, pekerja penyelamat masih mencari mangsa di tapak runtuhan.

    “Sebanyak 19 mayat sudah ditemui,” katanya.

    Penyeberangan secara tidak sah di sempadan Pakistan-Afghan telah meningkat sejak Taliban berkembali berkuasa pada Ogos, menjunamkan negara itu ke dalam krisis teruk dengan puluhan ribu orang tanpa pekerjaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...