Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hampir 200 hadiri Hari Terbuka BILIF

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Hampir 200 orang terdiri daripada wakil-wakil dari kementerian dan agensi kerajaan, institusi kewangan, sektor swasta, para pelajar dari institusi pengajian tinggi dan orang ramai telah menghadiri Hari Terbuka Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF).

    Acara yang bertemakan Inspire, innovate, Integrate itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif BILIF, Hajah Sufinah binti Haji Sahat.

    Beliau antara lain menyentuh mengenai tujuan acara tersebut iaitu bagi memberigakan program, acara dan persijilan yang ditawarkan oleh BILIF sepanjang 2023.

    Beliau juga menekankan bahawa acara tersebut memberi peluang kepada pakar-pakar dan pengamal industri dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pendapat dan idea untuk membantu meningkatkan pengetahuan can kemahiran para peserta serta mengembangkan lagi pembangunan profesional mereka.

    la juga bertujuan untuk memberi inspirasi serta galakan kepada para peserta untuk mengorak langkah ke hadapan dalam kerjaya mereka melalui perkembangan dan peningkatan kemahiran.

    Sesi perbincangan forum memulakan acara Hari Terbuka BILIF, Khamis lalu. – Gambar serahan BILIF

    Menurut kenyataan BILIF, segmen pertama bagi acara tersebut merupakan sesi plenari iaitu perbincangan forum bertajuk Inspiring Innovations and Transformative Integrations yang telah dikendalikan oleh Pengurus Perhubungan Strategik BILIF, Julius Horg.

    Ahli-ahli panel ialah Timbalan Ketua Sumber-sumber Manusia Kumpulan dan Ketua Pembelajaran dan Pembangunan Kumpulan Bank Baiduri, Chiam Chin Hui; Pengarah Pembangunan Perniagaan The London Institute of Banking and Finance (LIBF), Ang Kar Wee; dan Pengarah John 11 Consulting Limited, John Tse Tow.

    Acara turut menampilkan sesi perkongsian serentak yang mengetengahkan pelbagai tajuk.

    Turut diadakan adalah pameran BIUF dan rakan-rakan strategik BILIF di dalam dan luar
    negara seperti Manpower Planning and Employment Council (MPEC), UBD, UNISSA, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIF), Malaysia, dan banyak lagi untuk mempamerkan pelbagai kelayakan profesional dan persijilan serta program pembelajaran untuk perkembangan kerjaya dan peribadi pengunjung sepanjang acara tersebut dijalankan.

    BILIF juga mengadakan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada acara tersebut dengan kempen derma darah dan petak-petak pameran dan jualan secara percuma bagi kegunaan usahawan-usahawan yang berdaftar di bawah program Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan BIBD SEED.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...