Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 200 mangsa masih hilang

    GUATEMALA CITY, 18 Jun – Pihak berkuasa kelmarin memberhentikan pencarian hampir 200 mangsa yang masih hilang sejak gunung berapi Fuego meletus awal bulan ini, menjejaskan kawasan luar bandar tersebut.

    Pihak berkuasa mengesahkan sejumlah 110 orang maut akibat daripada letusan gunung berapi pada 3 Jun yang lalu tetapi 197 mangsa masih belum ditemui.

    Jurucakap untuk agensi perlindungan awam kerajaan, David de Leon berkata beberapa agensi yang terlibat memutuskan untuk mengakhiri pencarian disebabkan kawasan itu sangat terjejas dan berisiko yang tinggi.

    Gunung berapi yang terletak 35 kilometer dari barat daya bandar itu telah meletus sebanyak empat atau lima kali dalam masa sejam, menyebabkan ke-pulan asap 3,000 kaki di udara.

    Tambahan lagi, hujan lebat dijangka turun kelmarin dan menyebabkan tahap bahaya lumpur gunung berapi meningkat.

    Lebih 3,600 penduduk kampung terpaksa untuk berlindung sementara di sekolah-sekolah dan dewan-dewan komuniti.

    Pencarian yang diberhentikan itu menumpukan di kawasan yang paling terjejas iaitu San Miguel Los Lotes dan El Recreo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda