Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Hampir 200kg sampah dikutip di Pantai Serasa

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Sejumlah 50 beg plastik sampah dengan berat 193.3kg telah berjaya dikutip dalam kempen kebersihan yang dianjurkan oleh Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn Bhd di Pantai Serasa, kelmarin.

    Kempen anjuran bersama Green Brunei itu disertai oleh kira-kira 30 orang kakitangan NiAT dan Green Brunei dengan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif NiAT, Lim Ming Soon.

    Antara sampah yang dikutip dalam masa satu jam termasuk kereta mainan, tong, tin besi, botol plastik, sisa bercampur, selipar dan sebagainya.

    Ia diadakan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab korporat sosial alam sekitar yang diusahakan oleh NiAT.

    Selain itu, ia juga menjadi platform untuk NiAT menganjurkan aktiviti kerja berkumpulan dalam mempertingkatkan hubungan yang sihat, selain menunjukkan komitmennya dalam menyokong projek-projek yang diadakan oleh pertubuhan badan bukan kerajaan.

    Gambar ramai kakitangan NiAT dan Green Brunei semasa kempen kebersihan di Pantai Serasa. – Gambar serahan NiAT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...