Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Hampir 220,000 Jeep Cherokee ditarik balik

    DETROIT, 17 MEI – Stellantis menasihati hampir 220,000 orang pemilik kenderaan SUV Jeep Cherokee supaya meletakkan kereta mereka di luar kawasan rumah dan jauh daripada kenderaan lain kerana power liftgate kereta itu boleh terbakar meskipun enjin telah dimatikan.

    Syarikat tersebut menarik semula beberapa model Cherokee yang dibina antara 2014 dan 2016. Air boleh masuk ke dalam komputer kawalan liftgate, menyebabkan pintasan elektrik yang boleh mengakibatkan kebakaran.

    Syarikat tersebut berkata ia belum lagi mengatasi masalah tersebut. Pemilik akan menerima surat pemberitahuan bermula 30 Jun. Stellantis berkata masalah itu dikenal pasti semasa semakan rutin data pelanggan.

    Masih belum jelas berapa banyak SUV kecil itu yang terlibat dalam kebakaran. Stellantis berkata dalam dokumen yang dimuat naik kelmarin oleh Pentadbiran Keselamatan Lebuh raya Trafik Kebangsaan Amerika Syarikat bahawa ia merekodkan 50 bantuan pelanggan, 23 tuntutan waranti dan 21 laporan lapangan yang disebabkan oleh isu itu. Syarikat berkata mereka tidak mengetahui jika berlaku sebarang kecederaan.

    Power liftgate berkemungkinan tidak berfungsi sebelum SUV mengalami kebakaran.

    Stellantis menarik semula kenderaan yang sama pada 2015 untuk memperbaiki masalah serupa. – AP

    Gambar menunjukkan logo Jeep Cherokee dipamerkan di Pameran Automobil Antarabangsa Pittsburgh, 11 Februari 2016. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -