Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Hampir 3,000 penerbangan dibatalkan, 12,000 terjejas

-

WASHINGTON, 28 DIS – Kira-kira 3,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 12,000 mengalami kelewatan di seluruh dunia semalam berikutan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap varian koronavirus Omicron, menurut laman web penjejakan penerbangan Flightradar24, lapor Sputnik.

Meskipun dunia sedang berada di tengah musim cuti musim sejuk, sejumlah 12,528 penerbangan tertunda dan 2,959 pembatalan penerbangan dilaporkan pada Isnin. Syarikat penerbangan dan lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) menyumbang hampir separuh daripada semua kelewatan dan pembatalan, menurut data yang diperoleh Flightradar24.

Pada hujung minggu Krismas, pengembara udara menyaksikan jumlah gangguan penerbangan yang sama dengan 2,513 penerbangan dibatalkan pada Ahad dan 2,850 pada Sabtu.

Wakil beberapa syarikat penerbangan, termasuk United, JetBlue dan Delta berkata penerbangan dibatalkan berikutan kebimbangan jangkitan Omicron di kalangan kakitangan.

Purata kes terkini bagi tempoh tujuh hari meningkat kepada hampir 176,000 kes sehari ketika kes varian Omicron dilaporkan semakin meningkat, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. – Bernama

Penumpang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Salt Lake di Bandar Salt Lake kelmarin. Kira-kira 3,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 12,000 mengalami kelewatan di seluruh dunia berikutan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap varian koronavirus Omicron. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -