Hampir 400 cedera pertempuran di Lubnan

BEIRUT, 19 JAN – Hampir 400 orang tercedera semalam ketika satu pertempuran tercetus di antara penunjuk perasaan kerajaan Lubnan dan pasukan keselamatan di ibu kota Beirut.

Ia adalah angka terbesar sejak protes tercetus tiga bulan lalu, dengan Palang Merah dan Pertahanan Awam berkata 377 orang sekurang-kurangnya telah dikejarkan ke hospital atau diberi rawatan di tempat kejadian.

Lebih banyak demonstrasi dijangka berlaku hari ini sebagai sebahagian daripada gelombang protes popular yang telah menuntut penyingkiran secara beramai-ramai kelas politik Lubnan, yang dikutuk aktivis sebagai tidak cekap dan rasuah.

Para penunjuk perasaan menegaskan kelmarin bantahan itu berlaku apabila krisis ekonomi semakin meruncing ketika usaha untuk membentuk kerajaan baharu masih buntu bagi menggantikan kerajaan yang telah melangkah keluar berikutan tekanan jalanan lewat tahun lepas.

Pertempuran kelmarin bermula selepas berpuluh-puluh penunjuk perasan, sebahagianya menutup muka mereka menggunakan skarf, membaling batu, pasu dan objek-objek lain kepada polis anti rusuhan yang menjaga jalan menuju parlimen.

Manakala, yang lain cuba untuk melanggar sekatan dawai berduri untuk sampai ke bangunan perundangan atau menyerang barisan polis menggunakan tanda-tanda lalu lintas sebagai senjata.

Pasukan keselamatan bertindak balas dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Pertahanan Awam berkata lewat Sabtu 43 orang telah dibawa ke hospital dan ia telah dirawat di tempat kejadian 114 yang lain ‘cedera ringan dan mengalami masalah pernafasan’.

Palang Merah berkata ia telah bergegas menghantar 80 orang ke hospital bandar manakala 140 orang, termasuk kedua-dua penunjuk perasaan dan anggota pasukan keselamatan, diberi pertolongan cemas di tempat kejadian. Agensi Berita Nasional yang dikendalikan oleh kerajaan berkata kira-kira 30 orang telah ditahan berikutan keganasan tetapi kemudian dibebaskan. – AFP

Reaksi penunjuk perasaan antikerajaan ketika pasukan keselamatan menyembur meriam air kepada penunjuk perasaan semasa pertempuran di pusat daerah Lubnan, ibu kota Beirut berdekatan dengan ibu pejabat parlimen. – AFP