Hampir 4,000 PATI dihantar pulang

SANDAKAN, 4 DIS – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah bersama pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan akan menghantar sejumlah 3,909 pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia sepanjang bulan ini.

Timbalan Pengarah Keselamatan MKN Sabah, Muhammad Hafiz Abdul Rahman berkata jumlah itu terdiri daripada 3,800 pendatang dari Filipina yang akan dihantar pulang melalui Sandakan ke Zamboanga, Filipina dan 109 pendatang Indonesia yang akan dihantar pulang melalui Tawau ke Nunukan, Indonesia. – Bernama