Hampir $400,000 dan pelbagai sumbangan dihulurkan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Lebih banyak sumbangan dihulurkan oleh pelbagai pihak di negara ini termasuk masyarakat awam yang prihatin kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan telah menerima beberapa sumbangan cek yang berjumlah $386,250 bagi Tabung Bantuan COVID-19 (COVID-19 Relief Fund 2021).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, sumbangan cek yang diterima adalah $100,000 daripada Butra HeidelbergCement Sdn Bhd, $100,000 daripada Guan Hock Lee, $10,000 daripada Archipelago Logistics Sdn Bhd, $58,250 daripada Persatuan Hokkien Brunei Darussalam, $5,000 daripada Citis Square Max-V Management Sdn Bhd, $7,000 daripada Badan Bistari, $5,000 daripada Vsl Systems (B) Sdn Bhd, $100,000 daripada Swee Sdn Bhd dan $1,000 daripada D’wellness Sdn Bhd.

Kementerian Kesihatan turut menyatakan bahawa lapan penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan individu turut menghulurkan sumbangan pada 31 Ogos lalu.

Penderma-penderma berkenaan ialah Petroleum Authority yang menyumbangkan selimut, tuala mandi, berus gigi, gel mandian, selipar getah, rak, kertas tandas, pelitup muka, sabun tangan, tong sampah, pencuci baju, kotak jus, biskut, biskut anak damit, mi segera, beras dan mesin pencuci baju; Rozalena Zai menyumbangkan makanan kering; Brothers Garage menyumbangkan kurma; Che Nur Qalesya & Family menyumbangkan mi segera, biskut, sabun, pensanitasi tangan dan air mineral; Vam Sdn Bhd menyumbangkan pencuci tangan, syampu, syampu mandian, sebuk pencuci pakaian, berus gigi dan ubat gigi; Aewon menyumbangkan baju T; Kpl Zulfakhri menyumbangkan ubat cuci mulut dan Hajah Harisah Adlina Haji Sharbini yang menyumbangkan cling wrap, warning tape, bateri, pek ais, botol dan troli.

Vsl Systems (B) Sdn Bhd menyumbangkan $5,000.
Guan Hock Lee menyumbangkan $100,000 untuk Tabung Bantuan COVID-19.
Pelbagai barangan yang disumbangkan VAM Sdn Bhd.
Intracorp (B) Sdn Bhd menyumbangkan pelbagai peralatan elektrik yang diperlukan bagi pusat-pusat pengasingan yang baharu. – Gambar serahan Intracorp (B) Sdn Bhd

Intracorp (B) Sdn Bhd turut memainkan peranan dengan menyumbangkan peralatan elektrik yang diperlukan bagi pusat-pusat pengasingan yang baharu di lokasi-lokasi berbeza.

Sumbangan berupa dua peti sejuk, tiga microwave dan lapan unit kipas yang telah diserahkan ke lokasi penurunan sumbangan di Kompleks Sukan Menglait, hari ini.

Royal Brunei Culinary (RBC) pula menyumbangkan 40 karton air botol yang disampaikan secara langsung oleh kakitangan RBC kepada wakil petugas barisan hadapan di Perkampungan Sukan, kelmarin.

Inisiatif itu dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan telah berkhidmat untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Manakala itu, empat buah syarikat iaitu Ezy Printing Services and Trading Sdn Bhd, Nordin Jaya Sdn Bhd, T.S.M Sdn Bhd dan Pensonic (B) Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak 1,000 kotak pelitup muka kepada Kementerian Kesihatan, hari ini.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Ezy Printing, Dato Tiong Ing Ping; Pengarah Urusan Nordin Jaya, Dato Wong; Pengarah Urusan T.S.M, Sii Toh Sing dan Pengarah Urusan Pensonic (B) Sdn Bhd, Khoo Hock Seng.

Sumbangan juga merupakan sebagai tanda penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan Kementerian Kesihatan yang terus komited dalam usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19.