Hampir 400,000 korban COVID-19 di seluruh dunia

PARIS, 7 JUN – Wabak COVID-19 telah meragut sekurang-kurangnya 397,179 nyawa di seluruh dunia sejak tercetus di China pada Disember tahun lalu, menurut satu penjumlahan daripada sumber rasmi dikumpulkan oleh AFP, setakat jam 7 malam tadi.

Sekurang-kurangnya 6,827,260 kes jangkitan direkodkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 2,963,800 kes dilaporkan pulih.

Namun, jumlah menggunakan data yang dikumpulkan AFP daripada pihak berkuasa kebangsaan dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu berkemungkinan hanya sebahagian daripada angka sebenar kes jangkitan.

Ini berikutan banyak negara hanya melakukan ujian saringan terhadap kes bergejala atau yang paling serius.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terkesan dengan mencatatkan 109,497 korban daripada 1,908,235 kes jangkitan setakat ini. Sekurang-kurang 491,706 pesakit pula dilaporkan telah sembuh. – AFP