Hampir 45,000 kematian, Iran kuat kuasa sekatan

TEHRAN, 23 NOV – Iran pada Sabtu memulakan langkah sekatan pergerakan selama dua minggu di seluruh negara bagi mengekang kebangkitan semula kes COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Lebih 100 bandar termasuk Tehran diisytihar zon merah risiko tinggi jangkitan. Sebahagian kawasan merah dikenakan sekatan pergerakan separa selama dua minggu dari 21 November. Hanya pasar raya, kedai roti, kedai makanan, farmasi dan hospital dibuka manakala satu per tiga tenaga kerja dibenarkan bekerja. – Bernama