Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Hampir 50 kesalahan jalan raya dikesan

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Sebanyak 49 kesalahan telah direkodkan dalam operasi sekatan jalan raya melibatkan Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang dijalankan di Lebuhraya Telisai-Tutong hala ke Tutong, hari ini.

Semasa operasi tersebut, PPDB telah mengeluarkan 32 kompaun yang melibatkan kesalahan memasang tabir atau pelekat plastik filem, menggunakan kenderaan persendirian untuk tujuan perniagaan tanpa permit, memasang atau menukar lampu kenderaan, tidak memakai tali pinggang keselamatan dan beberapa kesalahan lagi.

Sementara itu, JPD telah mengeluarkan 17 kompaun kepada pemandu melibatkan kesalahan seperti lebih muatan, mengubah suai kenderaan daripada asal, tidak membawa sijil kelayakan kenderaan dan beberapa kesalahan lagi.

Operasi berkenaan dibuat adalah sebagai salah satu usaha pihak berkenaan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani dan membanteras sebarang aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dengan pelanggaran peruntukan undang-undang di negara ini.

Dengan membuat operasi sekatan jalan raya ia dapat memberikan pendidikan dan kesedaran terhadap kesemua pengguna jalan raya akan pentingnya mematuhi akta-akta yang telah diperuntukkan bagi tujuan kebaikan dan kemaslahatan penduduk dan rakyat di negara ini.

Pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori pengangkutan semasa operasi yang dijalankan kelmarin. – Gambar serahan PPDB
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -