Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hampir 500 kunjungi gerai SEL

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Seria Energy Lab (SEL) mengakhiri penyertaannya selama lapan hari dalam Minggu Tindakan Iklim dan Tenaga di Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2022, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, baru-baru ini.

    Sepanjang tempoh penyertaan, hampir 500 pengunjung dan pelajar mengunjungi gerai SEL yang menawarkan promosi eksklusif untuk barangan dan tiket kemasukan ke SEL, aktiviti-aktiviti kuiz interaktif, pameran modular menarik, aktiviti ‘hands-on’, dan rancangan sains yang menyeronokkan yang dikendalikan oleh komunikator sains SEL.

    Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan ‘Spend & Win’ dan menerima hadiah percuma untuk setiap pembelian yang dibuat semasa Brunei MYCE.

    Untuk maklumat terkini dan maklumat lanjut mengenai SEL, orang ramai bolehlah melayari laman web pusat sains berkenaan dan ikuti media sosial mereka di Instagram dan Facebook.

    Kanak-kanak semasa mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Seria Energy Lab di Pusat Persidangan Antarabang-sa Berakas, baru-baru ini. – Gambar serahan SEL
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...