Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Hampir 500 pelajar kolej kena kuarantin

-

BEIJING, 11 SEPT – Hampir 500 pelajar di kolej perdana untuk wartawan penyiaran China telah dihantar ke pusat kuarantin selepas segelintir kes COVID dikesan di asrama mereka.

Seramai 488 pelajar Universiti Komunikasi China itu, bersama 19 guru dan lima pembantu, dipindahkan dengan bas mulai malam Jumaat.

Mengkuarantin sesiapa yang dianggap mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang didapati positif virus itu telah menjadi dasar ketat ‘sifar COVID’ China.

Pusat kuarantin termasuk hospital lapangan serta stadium yang diubah suai dan pusat pameran, sering dikritik penuh sesak, kurang pensanitasian dan makanan basi.

Setakat minggu lalu, kira-kira 65 juta penduduk China dikurung walaupun hanya 1,248 kes penularan domestik baharu dilaporkan hari ini. Kebanyakannya adalah tanpa gejala.

Sekatan pergerakan itu telah mencetuskan protes dalam talian dan konfrontasi dengan pekerja kesihatan dan polis, dan telah menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi, menjejaskan rantaian bekalan global bagi elektronik dan produk lain. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -