Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 5,000 kek cawan Sweet as Sara terjual

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Sweet as Sara, baru-baru ini, telah menjual hampir 5,000 kek cawan berharga $1 setiap satu semasa acara empat hari, bermula 24 hingga 27 April lalu sempena Sambutan Isyak dan Mikraj.

    Kek cawan berkenaan terdapat dalam beberapa perisa iaitu Chocolate-Chocolate, Strawberry Bon-Bon, Chocolate Peanut Butter dan Mint Chocolate. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dengan slogan ‘Satu Ringgit, Satu Senyuman’, ‘Isra’ Mi’raj Treats’ berkenaan telah mendapat sambutan yang melebihi jangkaan apabila melebihi sasaran 4,000 dengan menjual sebanyak 4,847 kek cawan di mana perisa Chocolate-Chocolate adalah yang paling laris. Semua kek cawan dan barang lain habis terjual pada pukul 8:33 malam di hari keempat acara tersebut diadakan di cawangan utamanya di Kiulap.

    Di samping itu, Sweet as Sara terus menawarkan perisa kek cawan lain iaitu Red Velvet dan Gula Melaka Caramel antara yang paling digemari dan menu a la carte lain seperti kek, sandwic dan kopi.

    Orang ramai ketika mengunjungi kedai tersebut bagi membeli kek cawan yang ditawarkan oleh Sweet as Sara.
    Orang ramai ketika mengunjungi kedai tersebut bagi membeli kek cawan yang ditawarkan oleh Sweet as Sara.
    Antara kek cawan yang dijual oleh Sweet as Sara.
    Antara kek cawan yang dijual oleh Sweet as Sara.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda