Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Hampir 5,000 tiket aksi Harimau Malaya dan Kepulauan Solomon terjual

    KUALA LUMPUR, 9 JUN – Sambutan jualan tiket bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Kepulauan Solomon pada 14 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, agak memberangsangkan selepas hampir 5,000 tiket terjual setakat ini.

    Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman percaya perlawanan persahabatan berkenaan bakal meriah dengan penganjuran festival di pekarangan stadium bagi menyemarakkan lagi aksi tersebut.

    Beliau berkata program yang akan diadakan di pekarangan stadium pada hari perlawanan termasuk aksi persahabatan antara bekas pemain Terengganu dan bekas pemain skuad kebangsaan di padang sintetik, pameran serta pertandingan bola sepak bawah umur.

    “Saya minta penyokong di Pantai Timur untuk segera beli tiket. – Bernama

    Noor Azman berkata Harimau Malaya bakal berdepan dengan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...