BANGKOK, 5 JUN – Kira-kira 59 etnik Rohingya telah ditemui di sebuah pulau di Thailand, yang mengatakan mereka telah ditinggalkan oleh penyeludup manusia dalam perjalanan ke Malaysia, kata pegawai polis hari ini.
Kumpulan itu – di antara-nya lima kanak-kanak – telah ditemui di pulau Koh Dong di selatan wilayah Satun, kelmarin, kata leftenan jeneral Surachet Hakpan.
Setiap tahun, ribuan etnik Rohingya, merisikokan nyawa mereka dalam perjalanan berbulan-bulan lamanya untuk tiba di Malaysia, melalui laut-laut Thailand.
“Kami akan memberikan bantuan kemanusiaan dan menyiasat sama ada mereka mangsa penyeludupan atau masuk secara haram,” kata Surachet.
Kumpulan itu kelihatannya dalam ‘keadaan lapar dan tidak makan selama tiga ke lima hari’, menurut polis.
Anggota kumpulan itu memberitahu para pegawai yang bot mereka merupakan antara tiga kapal yang membawa 178 orang yang meninggalkan Myanmar dan Bangladesh, dan telah membayar seorang ejen sekitar AS$1,300 bagi perjalanan itu.
Bot pertama daripada dua bot itu membawa 119 orang telah berhenti dan ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia, menurut polis Thailand.
Kru bot kemudian memutuskan meninggalkan mereka yang berada di pulau Koh Dong – memberitahu yang mereka telah tiba di Malaysia, kata kumpulan itu memberitahu para pegawai. – AFP