Hampir 60 maut banjir kilat di Papua

 

JAKARTA, 17 Mac – Sekurang-kurangnya 58 orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir kilat di Sentani, Jayapura, Papua, Indonesia, menurut seorang pegawai hari ini ketika para penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat.

Jumlah korban dijangka meningkat ketika perkhidmatan kecemasan cuba untuk sampai ke kawasan yang terjejas teruk di mana 70 mangsa cedera, 15 lagi hilang dan lebih 5,150 orang dipindahkan.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)