Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hampir 99% penduduk lengkap vaksin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Sebanyak 132 vaksin dos pertama COVID telah diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan dos pertama kepada 33,941 orang iaitu 79.1 peratus.

    Dos kedua bagi golongan tersebut pula sebanyak 783 dos, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 17,222 atau 40.1 peratus.

    Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku wakil menteri kesihatan mendedahkan statistik itu semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurutnya, 98.8 peratus jumlah penduduk telah melengkapkan dua dos vaksin, manakala dos ketiga pula sebanyak 69.9 peratus.

    Bagi jangkitan baharu pula, sebanyak 250 kes telah dilaporkan hari ini, 244 adalah daripada ujian ART dan enam lagi kes daripada hasil 298 ujian makmal RT-PCR dalam masa 24 jam lalu, tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua (tengah) hadir bersama Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman semasa sidang media.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 147,271 kes.

    Menurut Yang Berhormat Pehin, terdapat satu kes yang dikategorikan dalam kategori 5 manakala tiada kes dalam kategori 4.

    “Sebanyak 261 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 145,427 kes. Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,622 kes iaitu 14 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,608 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambahnya.

    Di hujung kenyataannya, beliau berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa berada di bawah lindungan dan di dalam rahmat Allah SWT jua.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...