Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hampir RM400b diperlukan atasi masalah banjir di Malaysia hingga 2100

    KUALA LUMPUR, 5 SEPT – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menganggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM392 bilion sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah banjir di negara ini hingga 2100.

    Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesungguhan kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim ditunjukkan melalui pelaburan besar kepada sektor air negara.

    Beliau berkata ia termasuk peruntukan RM15 bilion secara ‘off budget’ untuk tempoh lapan tahun bermula 2023 hingga 2030 bagi projek tebatan dan penyelesaian banjir serta pembinaan struktur sabo di kawasan kritikal yang terjejas teruk akibat Monsun Timur Laut.

    “Untuk langkah jangka masa panjang hingga tahun 2100, KASA menganggarkan peruntukan sebanyak RM392 bilion diperlukan bagi mengatasi masalah banjir di Malaysia. 

    “Anggaran kos ini antara lain merangkumi komponen utama tebatan banjir dan saliran bandar sebanyak RM230.71 bilion serta infrastruktur pantai RM126.55 bilion,” katanya ketika berucap pada Simposium Perubahan Iklim 2022 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang dengan kerjasama Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Parlimen di sini hari ini.

    Tuan Ibrahim berkata KASA komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui langkah jangka sederhana dan panjang termasuk pembangunan infrastruktur perlindungan khususnya bagi bencana berkaitan air.

    Di samping itu, menurutnya faktor perubahan iklim turut diambil kira dalam penyediaan reka bentuk pembangunan bagi memastikan infrastruktur air yang dibangunkan berdaya tahan terhadap kesan fenomena perubahan iklim. – Bernama

    Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui media selepas Majlis Simposium Perubahan IKLIM 2022 di Bangunan Parlimen kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...