Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Hampir separuh spesies haiwan dunia berkurangan

    LONDON, 23 MEI – Hampir separuh daripada spesies haiwan di permukaan dunia sedang mengalami penurunan populasi, menurut satu kajian baharu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kajian yang diterbitkan pada hari ini, meneliti perubahan dalam kepadatan populasi lebih daripada 70,000 spesies haiwan permukaan di dunia dari semasa ke semasa, menjadikannya penyelidikan paling komprehensif seumpamanya setakat ini.

    Penyelidik dari Queen’s University Belfast berkata penemuan itu adalah ‘amaran drastik’ kerana kehilangan biodiversiti global yang disebabkan oleh perindustrian manusia adalah jauh lebih membimbangkan daripada yang disangka sebelum ini.

    Mereka mendapati 48 peratus spesies di bumi sedang mengalami penurunan dalam saiz populasi, manakala kurang daripada tiga peratus daripada spesies itu semakin meningkat dalam saiz populasi. Tahap kepupusan spesies secara tradisinya diukur oleh kategori pemuliharaan ancaman Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), yang mendapati bahawa 28 peratus kehidupan di bumi kini diancam kepupusan.

    Kehilangan biodiversiti global dilihat sebagai satu cabaran paling serius kepada manusia untuk dekad akan datang, menjejaskan fungsi ekosistem, pengeluaran makanan, penyebaran penyakit dan kestabilan ekonomi global. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan babun membersihkan bulu ketika berehat dalam kurungan di Zoo Zoologischer Garten di Berlin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -