Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir setengah juta terjejas kolera

    GENEVA, 14 Ogos – Kolera dipercayai telah menjejas lebih daripada 500,000 orang dan membunuh hampir 2,000 sejak akhir April, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini.

    Sejumlah 503,484 kes dan 1,975 kematian boleh dianggap berpunca daripada wabak yang meletus lebih daripada empat bulan lalu di negara yang dilanda peperangan, satu tinjauan WHO menunjukkan.

    Agensi kesihatan PBB berkata kadar penyakit bawaan air itu merebak telah berkurangan mendadak sejak awal Julai, tetapi mengingatkan ia masih menjejas kira-kira 5,000 orang setiap hari.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda