Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hampir terjatuh!

    Bintang Bollywood Sara Ali Khan dan Janhvi Kapoor (gambar) berkongsi detik cemas apabila hampir terjatuh ketika mendaki sebuah bukit di Kedarnath, Uttarakhand, India.

    Ketika membuat kemunculan dalam program Karan Johar’s Show: Koffee With Karan 7, Sara dan Janhvi mendedahkan mereka hampir terjatuh namun bernasib baik apabila tersangkut pada batu.

    “Pada mulanya kami membuat keputusan ke Bhairavnath kerana di sana ada laluan pejalan kaki yang biasa. Tetapi kami mahu mencabar diri dan memilih laluan mendaki,” ujarnya.

    Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Sara berkata, ketika tersangkut pada sebuah batu, dia khuatir mereka akan jatuh ke bawah kerana batu itu bergoyang. Katanya, mereka tersangkut selama 30 minit di tebing, sebelum pemandunya menemui mereka dan memanggil bantuan.

    Sementara itu, Janhvi memberitahu, pengalaman di Kedernath tidak terhenti di situ apabila hotel mereka tinggal tidak mempunyai alat pemanas yang membuatkan mereka kesejukan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...