Han So Hee salah cakap, agensi jelaskan salah faham babak intim My Name

Kenyataan pelakon, Han So Hee mengenai babak intim dalam drama terbaharunya berjudul My Name dalam siaran Netflix mengundang perbualan hangat di laman sosial apabila ditafsirkan sebagai tidak dipersetujui pelakon itu.

Han So Hee dalam satu temu bual memberitahu adegan intim bersama pelakon, Ahn Bo Hyun di dalam siri tersebut memberitahu dia hanya diketahui semasa penggambaran itu dilakukan.

“Pada mulanya, saya terfikir adakah ini okay? saya sangka ini mungkin mengalihkan fokus keseluruhan cerita dan mungkin mengganggu Ji Woo (watak utama dalam My Name) untuk mencapai matlamatnya.

“Namun, selepas berbincang dengan penulis dan pengarah, saya beranggapan adegan itu bagi menunjukkan sisi manusia karakter Ji Woo,” katanya dalam temu buat tersebut.

Sementara itu, syarikat pengurusan aktres berkenaan iaitu 9ato Entertainment menjelaskan kenyataan tersebut telah menimbulkan salah faham dalam kalangan warganet.

“Kami ingin menjelaskan salah faham berikutan komen Han So Hee di temu bual pada 20 October lalu yang memberi tanggapan penggambaran adegan intim siri My Name tidak dipersetujui Han So Hee. – Agensi

Kenyataan Han So Hee mengenai babak intim dalam drama terbaharunya mengundang perbualan hangat di laman sosial apabila ditafsirkan sebagai tidak dipersetujui pelakon itu. – Agensi